Like Fan Page : MyLoveNutrisi

Friday 15 February 2013

KISAH 5KUPANG YG MENYENTUH HATI (Hulurkan tangan,ringankan beban)

SALAM JUMAAT,HARI JUMAAT ADALAH PENGHULU SEGALA HARI
Kringgggg.... Terima kasih cikgu,semua pelajar beredar ke kantin.Tapi ada seorang pelajar ni xkeluaq pun utk rehat..Awak xrehat ka Aiman? Ujar cikgu itu kepada pelajarnya.Tak cikgu,kawan Aiman ringkas.

Kenapa Aiman xrehat?Jawab Aiman "Mak sy beri 5kupang sehari cikgu.Kat kantin 5kupang ni dapat beli Nugget jer sekeping...Malu la cikgu..beratur panjang2 dpt beli Nugget jer...Jadi sy kumpul duit harini utk makan hari esok.Jadi dptla sy makan Nugget 5kupang beserta ayaq sirap 5kupang.Sy hanya ke kantin pada hari Selasa & Khamis sahaja cikgu...." Kata Aiman sambil tertunduk malu.

Perasaan cikgu tersebut berbaur sedihh & sebak...Masih adakah di zaman 2013 ini pelajar membawa 5kupang ke sekolah.Ramai diantara kita memandang 5kupang sangat kecil nilainya tetapi tidak bagi pelajar itu.Nilai 5kupang sangat besar ertinya.

Cikgu tersebut bertanya lagi pada Aiman,hari Jumaat awak xpergi kantin ka?Owhh hari Jumaat duit 5 kupang tu sy SEDEKAH kan masa baca Yassin cikgu...Jawab Aiman dengan bersahaja...Mak sy selalu pesan kalo kita suka bersedekah rezeki kita akan bertambah...Air mata mula membasahi wajah cikgu tersebut...Sy terkejut & sebak...Dala duit yg ada pun 5kupang saja,tetapi masih tetap boleh bersedekah.Ya ALLAH,limpahkanla rezeki bagi keluarga pelajar tersebut.Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dlm kesusahan.

Kisah ini membuat kami rasa terpukul & terpanggil utk berkongsi pada hangpa...Bayangkan duit 5kupang utk makan tetapi pelajar tersebut masih infakkan duit itu utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa baca Yassin.Maybe kisah ni simple tapi bagi kami Ia memberi 1000 pangajaran...

Peringatan ini utk diri kami & juga hangpa yg membacanya..."Bersedekahla kamu,kerana dengan Bersedekah tidak akan jatuh miskin,malah ALLAH akan melipat gandakan rezeki mu .."
Kadangkala ALLAH luaskan rezeki hambanya,dari segi Kekayaan,Kesihatan mahu pun Keselamatan.Tidak semestinya harini hangpa sedekah RM1,hangpa akan terus dpt balasan.Semua itu rahsia ALLAH,ALLAH yg menentukan segala2nya...WALALLAHUA'LAM...BERSEDEKAH LAH DENGAN IKHLAS ...


No comments:

Post a Comment